Seramai 30 individu termasuk penganjur yang menyertai Himpunan #Turun di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu akan dirakam keterangan pada Isnin dan Selasa ini.<br /><br />Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata, kesemua identiti individu terbabit akan disahkan sebaik proses tersebut selesai pada Selasa.